Thursday, 31 March 2011

AKU NAMAKAN IA ' TANDA TANYA '

aku tidak undang waktu ia hadir..
hampir tidak percaya hadir diri ku..
hadir diri ku??
bukan dirimu??
iya..
hadir diriku yang berbeda dengan diriku dahulu juga..
masih aku mencari indahnya..
masih juga aku mencari kurangnya..
aku suka begini tapi aku terseksa begini..
pelajari erti semua yang bukan dari hati?
namun mampu mengubah sejuta bintang yang gelap selama ini..
perlunya aku begini?
atau masih sama begitu?

Wednesday, 30 March 2011

KAMI


JANGAN MEREMEHKAN SEDEKAH ORANG


Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”kami diperintah rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:”Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :”(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.”
 
(at-Taubah:79)


Huraian
Allah SWT Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang nyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu agama yang dimiliki. Tidak juga diukur oleh kekuatan ibadah semata. Tetapi keislaman itu diukur pada orang yang paling ikhlas dalam agamanya termasuk dalam bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin yang sebenar akan sanggup menawarkan hartanya demi mempertahankan agamanya, sementara orang munafik pula akan sanggup menawarkan agamanya demi mempertahankan hartanya.



Wednesday, 23 March 2011


HIDUP



HIDUP..
Ku merasakan hidup penuh liku..
Itu kata aku dahulu..
HIDUP..
Terasa semakin sempit dengan liku-liku ini..
Malah berduri-duri..
Dan ianya aku kini..
Liku masih ada..
Duri tumbuh merata..
Kadangkala aku melangkah mengelak duri-duri itu..
Kerna aku dah  xterdaya mencantas mahupun menebas semilu duri..
Haluan hidup ku..
Aku punya kamu..
Kamu nadi ku..
Dia semangat ku..
Dan mereka langkah ku..
Kerana itu aku masih berdiri disini..
Kerana kamu dia malah mereka ada bersama ku.....
terima kaseh kamu,dia dan mereka...


Tuesday, 15 March 2011

SELAMANYA


TaNpA TiTiK AkHiR



15 MARCH 2011...
hari ini bisa jadi sejarah dalam hidupku..
aku tidak pernah melihat dugaan sebesar ini..
kasih sayang..
maruah..
aku seakan tidak percaya..
namun inilah hakikat..
ku lihat ibu..
wajah penuh resah..
bahu penuh beban..
aku tidak sanggup melihat dia menderita..
aku disini hanya mampu berdoa..
aku disini hanya mampu menangis percuma..
adilkah semua ini yaAllah??
ku genggam segenggam tawa..
ku rakul sejuta derita..
tiada siapa tahu..
hanya aku dan Dia..
ibu..
kamu tidak sendiri ibu...
kami mahupun mereka akan sentiasa bersamamu..
ku coret tinta buat ibu pengganti diari hariku..